Taklimat Pemantapan NILAM Sekolah Ahli PKG Keramat.

Hari: Jumaat
Tarikh: 6 Ogos 2010
Jam 8.30 hingga 12.30 tengahari dan 2.30 hingga 4.30 petang.

Taklimat Pemantapan NILAM telah dijalankan dengan jayanya. Ianya anjuran bersama PKG Keramat bersama JKPA Biro Pembangunan PSS yang dipengerusikan oleh Pn Siti Aisah. 
Dua sesi taklimat telah dapat diadakan pada pagi untuk guru-guru GPM atau Penyelaras NILAM dan sesi petang untuk guru-guru penolong kanan atau pentadbir sekolah. 
Ceramah telah disampaikan oleh Pn Mahanum Bt Ismail, Pn Arinawati Bt Mohd Yassin dan Pn Fauziah. Di akhir setiap taklimat Pegawai Teknologi Pendidikan 1 En Abdul Hamid Abdullah sempat mempermosikan portal BTPNKL dan blog pkg-pkg di Kuala Lumpur kepada guru-guru.
Diharapkan dengan taklimat ini guru-guru dapat tingkatkan pencapaian NILAM sekolah masing-masing , data-data diberikan dengan tepat kepada BTPBKL dan PKG-PKG di Kuala Lumpur.


 
 Untuk melihat gambar-gambar seterusnya klik di sini.