Taklimat Greentech dan e-learning moe courseware telah diadakan di SK Padang Tembak 1 pada 28 Februari 2012. Taklimat bermula pada jam 8.30 pagi ini telah dihadiri oleh 24 orang Juruteknik dari PKG Keramat.
Peserta telah diberitahu bahawa terdapat dua tempat Greentech ini boleh digunakan ialah di SK Padang Tembak 1 dan di PKG Sentul.
Peserta diberikan borang soal selidik yang perlu diisikan dan borang penilaian taklimat pada hari ini. Borang akujanji juga diedarkan bagi menilai keberkesanan taklimat ini, dan dikembalikan pada atau sebelum hari Jumaat 7 Mac 2012.
Ketua Penolong Pengarah, En. Mohd Sanusi Saseetharan b. Abdullah telah menutup taklimat ini dan berpesan agar Juruteknik dapat mewar-warkan bahan e-learning moe courseware ini kepada warga Sekolah dan membuat rakam salin agar bahan tersebut digunapakai di Sekolah masing-masing. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab diantara Juruteknik dan penceramah.
Untuk melihat gambar berkaitan taklimat ini sila klik url di sini