Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Keramat WPKL Baharu
En. Abdul Hamid bin Abdullah merupakan pegawai di bawah Unit Pembestarian Sekolah (UBest) di BTPN WPKL sebelum ini. Beliau kini telah kembali semula ke PKG Keramat selepas hampir 4 tahun bertugas di BTPN WPKL.
Seorang pegawai berdedikasi dan boleh dikatakan 'otai' dalam pengurusan PSS dan juga ICT, khidmat beliau dengan kembalinya beliau ke PKG Keramat WPKL amatlah ditagih bagi membangunkan dan memeriahkan semula keutuhan dan kemampanan infrastruktur PSS dan ICT di semua sekolah ahli PKG Keramat.
Syabas dan Selamat Datang kami dari meja editorial ucapkan.
Ucapan Perpisahan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Keramat WPKL
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Diharap semoga warga sekolah ahli PKG Keramat WPKL dalam
keadaan sihat sejahtera. Pada tarikh 26 Mac 2015 secara rasminya saya akan
bertugas di Unit Pembestarian Sekolah (UBest), Bahagian Teknologi Pendidikan WPKL
secara pertukaran setara. Tempat saya akan digantikan oleh En Abdul Hamid Bin
Abdullah yang sebelum ini pernah bertugas di PKG Keramat WPKL. Sehubungan itu, akhir kata dari saya seandainya dari tindakan dan kata-kata saya mengguris hati semua wakil sekolah ahli PKG Keramat WPKL sepanjang pengelolaan saya di sini harap dimaafkan. Saya juga telah
merancang beberapa aktiviti yang melibatkan GPB/GICT , GPM dan Juruteknik
Komputer Sekolah bagi meningkat dan melancarkan pengurusan yang melibatkan
kerja buat tuan-tuan dan puan-puan, dan semoga perancangan ini akan dijalankan oleh
pengganti saya untuk memantapkan lagi perkembangan ICT dan PSS di sekolah ahli PKG Kerama WPKL kelak.
Tinggi sungguh Gunung Daik
Mercunya nampak terang menyilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
Kerat kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Assalamualaikum WBT & Salam Muhibah
Muhammad Asif Mushadat bin Abdul Saha
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Keramat WPKL
Taklimat GICT/GPB Sekolah Ahli PKG Keramat 2015
Tarikh : 9 Mac 2015
Tempat : Bilik Kuliah, PKG Keramat WPKL
Peserta : Kesemua GICT/GPB Sekolah ahli PKG Keramat WPKL (55buah Sekolah)
Taklimat dipengerusikan dan diucaptamakan oleh Pegawai PKG Keramat WPKL En.Mohamad Asif Mushadat dan juga Ketua Unit Pembestarian Sekolah (KU UBest BTPN WPKL) En. Abdul Halim. Antara input taklimat ialah pembentangan mengenai intipati modul dan prosedur pembestarian ICT di sekolah. Selain itu pembentangan mengenai penyenggaraan ICT di sekolah dibentangkan oleh En.Shahrullail mengenai tatacara membuat aduan, begitu juga dengan makluman mengenai Netbook 1Malaysia, Google Chromebook dan juga cara-cara penggunaan 1bnselfcare iaitu portal dalam talian untuk membuat aduan permasalahan peralatan yang dibekalkan oleh 1BestariNet.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua GICT/GPB yang hadir ke taklimat ICT ini.
Penyelenggaraan Peralatan ICT Bagi Tahun 2015
Kepada semua sekolah ahli PKG Keramat WPKL yang mempunyai permasalahan pada peralatan ICT sekolah samada di Makmal Komputer, Pejabat, Pusat Akses, Bilik-bilik khas dan sebagainya yang berdaftar dan mempunyai nombor siri pendaftaran(Daftar Harta Modal) yang sah, pihak sekolah bolehlah membuat aduan melalui BORANG ADUAN STS dengan mengisi butiran di dalam borang tersebut dan dilampirkan sekali dengan salinan kew.pa-2 dan kew.pa-9 peralatan tersebut, dan dihantar terus ke PKG Keramat WPKL.
Dengan penghantaran aduan kerosakan ini dipercepat dan dipermudahkan, moga-moga dapat memberi sedikit sebanyak impak dalam penggunaan peralatan ICT di sekolah masing-masing.
Di bawah adalah pautan untuk memuat turun contoh borang aduan STS. Sekiranya tidak boleh dimuat turun, sekolah boleh juga memuat turun borang tersebut di laman web ICT BTPNWPKL.
Langgan:
Catatan (Atom)
Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances