Memaparkan catatan dengan label PKG Keramat. Papar semua catatan
Warga Baharu PKG Keramat WPKL
Bertarikh hari ini 2 Februari 2016, PKG Keramat WPKL telah menerima warga baharu iaitu Puan Nur Huzaifah binti Jaafar sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Kehadiran beliau ke PKG Keramat WPKL ini amat dialu-alukan bagi memantapkan lagi tugas-tugas dan pencapaian PKG bersama sekolah ahli sepanjang tahun ini dan tahun-tahun mendatang.
Pihak PKG Keramat WPKL dan BTPN WPKL mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat di dalam keluarga BTPN dan PKG WPKL, semoga terus sukses dan berjaya di lapangan tugas yang serba baharu ini.
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Keramat WPKL Baharu
En. Abdul Hamid bin Abdullah merupakan pegawai di bawah Unit Pembestarian Sekolah (UBest) di BTPN WPKL sebelum ini. Beliau kini telah kembali semula ke PKG Keramat selepas hampir 4 tahun bertugas di BTPN WPKL.
Seorang pegawai berdedikasi dan boleh dikatakan 'otai' dalam pengurusan PSS dan juga ICT, khidmat beliau dengan kembalinya beliau ke PKG Keramat WPKL amatlah ditagih bagi membangunkan dan memeriahkan semula keutuhan dan kemampanan infrastruktur PSS dan ICT di semua sekolah ahli PKG Keramat.
Syabas dan Selamat Datang kami dari meja editorial ucapkan.
Ucapan Perpisahan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Keramat WPKL
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Diharap semoga warga sekolah ahli PKG Keramat WPKL dalam
keadaan sihat sejahtera. Pada tarikh 26 Mac 2015 secara rasminya saya akan
bertugas di Unit Pembestarian Sekolah (UBest), Bahagian Teknologi Pendidikan WPKL
secara pertukaran setara. Tempat saya akan digantikan oleh En Abdul Hamid Bin
Abdullah yang sebelum ini pernah bertugas di PKG Keramat WPKL. Sehubungan itu, akhir kata dari saya seandainya dari tindakan dan kata-kata saya mengguris hati semua wakil sekolah ahli PKG Keramat WPKL sepanjang pengelolaan saya di sini harap dimaafkan. Saya juga telah
merancang beberapa aktiviti yang melibatkan GPB/GICT , GPM dan Juruteknik
Komputer Sekolah bagi meningkat dan melancarkan pengurusan yang melibatkan
kerja buat tuan-tuan dan puan-puan, dan semoga perancangan ini akan dijalankan oleh
pengganti saya untuk memantapkan lagi perkembangan ICT dan PSS di sekolah ahli PKG Kerama WPKL kelak.
Tinggi sungguh Gunung Daik
Mercunya nampak terang menyilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
Kerat kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Assalamualaikum WBT & Salam Muhibah
Muhammad Asif Mushadat bin Abdul Saha
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Keramat WPKL
Emel Baharu untuk Sekolah Ahli Baharu PKG Keramat WPKL
Berikut adalah makluman bagi semua sekolah ahli PKG Keramat bahawa keluarga kita telah menerima dua buah lagi sekolah baharu untuk bersama-sama di bawah kumpulan sekolah ahli PKG Keramat. Sehubungan itu, berikut adalah senarai emel baharu bagi sekolah-sekolah tersebut untuk panduan, rujukan dan tindakan kita semua kelak.
Selamat datang dan selamat menjadi ahli baharu di bawah PKG Keramat! =)
SK Setapak Jaya (WBA0100) : la.wba0100@btpnkl.edu.my
SJK(C) Wangsa Maju (WBC0173) : la.wbc0173@btpnkl.edu.my
Emel tersebut boleh digunakan secara rasmi bermula hari ini. Sehubungan itu, bagi wakil sekolah berkenaan yang ingin mendapatkan kata laluan, bolehlah berhubung dengan pegawai kami di PKG Keramat untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Taklimat GICT/GPB Sekolah Ahli PKG Keramat 2015
Tarikh : 9 Mac 2015
Tempat : Bilik Kuliah, PKG Keramat WPKL
Peserta : Kesemua GICT/GPB Sekolah ahli PKG Keramat WPKL (55buah Sekolah)
Taklimat dipengerusikan dan diucaptamakan oleh Pegawai PKG Keramat WPKL En.Mohamad Asif Mushadat dan juga Ketua Unit Pembestarian Sekolah (KU UBest BTPN WPKL) En. Abdul Halim. Antara input taklimat ialah pembentangan mengenai intipati modul dan prosedur pembestarian ICT di sekolah. Selain itu pembentangan mengenai penyenggaraan ICT di sekolah dibentangkan oleh En.Shahrullail mengenai tatacara membuat aduan, begitu juga dengan makluman mengenai Netbook 1Malaysia, Google Chromebook dan juga cara-cara penggunaan 1bnselfcare iaitu portal dalam talian untuk membuat aduan permasalahan peralatan yang dibekalkan oleh 1BestariNet.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua GICT/GPB yang hadir ke taklimat ICT ini.
Penyelenggaraan Peralatan ICT Bagi Tahun 2015
Kepada semua sekolah ahli PKG Keramat WPKL yang mempunyai permasalahan pada peralatan ICT sekolah samada di Makmal Komputer, Pejabat, Pusat Akses, Bilik-bilik khas dan sebagainya yang berdaftar dan mempunyai nombor siri pendaftaran(Daftar Harta Modal) yang sah, pihak sekolah bolehlah membuat aduan melalui BORANG ADUAN STS dengan mengisi butiran di dalam borang tersebut dan dilampirkan sekali dengan salinan kew.pa-2 dan kew.pa-9 peralatan tersebut, dan dihantar terus ke PKG Keramat WPKL.
Dengan penghantaran aduan kerosakan ini dipercepat dan dipermudahkan, moga-moga dapat memberi sedikit sebanyak impak dalam penggunaan peralatan ICT di sekolah masing-masing.
Di bawah adalah pautan untuk memuat turun contoh borang aduan STS. Sekiranya tidak boleh dimuat turun, sekolah boleh juga memuat turun borang tersebut di laman web ICT BTPNWPKL.
Pemantauan & Khidmat Bantu Ujilari Netbook 1Malaysia
Pemantauan dan khidmat bantu untuk ujilari 1 daripada 2set (41buah) Netbook 1Malaysia yang diterima oleh SK Setiawangsa telah dijalankan bersama-sama PTP PKG Keramat, JTK PKG Keramat dan juga JTK SK Setiawangsa.
Aktiviti membuka, melipat dan menyimpan kesemua kotak dibuat bagi menjimatkan ruang untuk penyimpanan kesemua kotak-kotak netbook tersebut beserta dengan panduan dan manual yang ada di dalam kotak setiap netbook.
Proses pengaktifan Windows 7 Professional dan juga Microsoft Office Home and Student 2010 telah dibuat pada 41buah Netbook tersebut bagi mengenalpasti mana-mana Netbook yang berkemungkinan mengalami apa jua masalah.
Proses ujilari berjalan dengan jayanya dengan kerjasama yang diberikan oleh JTK sekolah sendiri. Proses memberi idea dan panduan bagaimana untuk membuat 'tagging', susunan nombor siri untuk ditulis nombor daftar harta inventori dan sebagainya juga diberikan bagi memudahkan proses merekod dan menyelenggara peralatan tersebut di sekolah. Bagi 23buah sekolah ahli PKG Keramat yang lain, bolehlah juga membuat ujilari bagi kesemua Netbook tersebut untuk membolehkan peralatan tersebut boleh digunakan bermula tahun hadapan.

Sebarang kemusykilan dan khidmat nasihat bolehlah terus menghubungi kami di PKG Keramat bagi memudahkan lagi proses penggunaan di sekolah kelak.
Masalah talian faks di PKG Keramat WPKL
Pihak PKG Keramat WPKL ingin memaklumkan bahawa terdapat masalah pada mesin faks kami, dan segala urusan melalui faks sebelum ini tidak diterima oleh pihak kami. Sekiranya pihak Jabatan/PPW/ Sekolah/ Pihak luar ingin berhubung dengan kami, bolehlah menghantar emel terus ke alamat seperti di bawah :
Emel rasmi : la.pkgkeramat@btpnkl.edu.my
No. Telefon : 03-26983567
Sebarang kesulitan dari pihak kami amat kami kesali.
Terima kasih.
Status Terkini Pengisian Data Kehadiran Murid Bagi Tempoh 13.10.2014 Hingga 14.10.2014
Berikut adalah data keseluruhan sekolah ahli PKG Keramat WPKL bagi pengisian modul kehadiran murid di sekolah bagi dua hari iaitu 13 dan 14 Oktober 2014. Bagi sekolah yang masih tidak membuat pengisian, diharap dapat membuat pengisian secepat mungkin bagi meningkatkan lagi peratusan pengisian kehadiran di dalam WP Kuala Lumpur.
Jasa baik dan usaha cikgu-cikgu amat kami harapkan.
Sekian terima kasih.
Sila klik pautan di bawah untuk melihat peratusan menanda kehadiran murid sekolah masing-masing.
Jasa baik dan usaha cikgu-cikgu amat kami harapkan.
Sekian terima kasih.
Sila klik pautan di bawah untuk melihat peratusan menanda kehadiran murid sekolah masing-masing.
Status Terkini Pengisian Data Kehadiran Murid Bagi Tempoh 22.9.2014 Hingga 29.9.2014
Berikut adalah data keseluruhan bagi kesemua sekolah ahli di bawah PKG Keramat WPKL mengenai pengisian modul kehadiran murid di sekolah masing-masing. Bagi guru-guru yang masih belum membuat apa-apa tindakan, diharap dapat mengambil tindakan secepat mungkin bagi membolehkan proses penggunaan sistem ini dapat digunakan sepenuhnya selepas ini.
Untuk melihat status terkini pengisian data kehadiran murid, boleh klik gambar di bawah.
Sekian terima kasih.
Untuk melihat status terkini pengisian data kehadiran murid, boleh klik gambar di bawah.
Sekian terima kasih.
STATUS TERKINI PENGISIAN DATA MURID DI DALAM SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH 2014
Berikut adalah senarai nama sekolah ahli di bawah PKG Keramat WPKL di mana maklumat mengenai pengisian data murid dan juga kelas, samada murid telah dimasukkan di dalam kelas dan juga yang masih belum diwujudkan di dalam kelas.
Mohon guru-guru untuk mengambil TINDAKAN SEGERA bagi mengisi maklumat-maklumat murid bagi melicinkan lagi proses penggunaan sistem ini di masa hadapan, di mana WP Kuala Lumpur akan menjadi rintis dalam penggunaan sistem ini secara menyeluruh kelak.
PETUNJUK :
1. LABEL HIJAU : TELAH SIAP PENGKELASAN MURID
2. LABEL PUTIH : MASIH DALAM PROSES PENGKELASAN MURID
3. LABEL MERAH : TIADA PENGKELASAN MURID
** Maklumat sehingga jam 9.00 Pagi bertarikh 9 September 2014
TARIKH AKHIR PENAMATAN PENGISIAN SSQS TAHUN 2014
Sehingga jam 8.00 pagi bertarikh 21 OGOS 2014, status pengisian SSQS bagi hampir kebanyakan sekolah masih lagi dalam peratus yang rendah. Ingin dimaklumkan kepada pihak sekolah bahawa tarikh akhir pengisian SSQS di WP Kuala Lumpur ialah pada 25 OGOS 2014 berakhir pada jam 4.00 petang.
Mohon kerjasama pihak sekolah terutama para guru untuk menggerakkan pengisian SSQS seberapa segera, bagi mengelakkan permasalahan server perlahan atau permasalahan lain di saat-saat akhir nanti.
MEMBUAT ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH
Dalam masa terdekat ini, proses penyenggaraan peralatan ICT Sekolah di seluruh WP Kuala Lumpur akan berjalan. Akan tetapi pihak kami masih tidak menerima aduan dari kesemua sekolah ahli. Pihak kami meminta jasa baik GICT/GPB/JTK sekolah untuk membuat aduan kerosakan secepat mungkin, penghantaran borang aduan STS dibuat pada selewat-lewatnya pada hari RABU 27 OGOS 2014 ini.
Antara tindakan yang PERLU DILAKUKAN OLEH GICT/GPB/JTK ialah :
- Mengenalpasti peralatan ICT yang bermasalah
- Cuba menguji peralatan tersebut secara luaran dan dari pandangan mata kasar.
- Mengisi Borang Aduan STS, 1 borang bagi 1 peralatan ICT yang bermasalah.
- Lampirkan salinan KEW.PA-2 bagi setiap peralatan yang dibuat aduan.
- Hantar borang aduan yang disahkan oleh Pentadbir terus ke PKG Keramat WPKL.
Antara tindakan yang dilakukan oleh pihak PKG KERAMAT WPKL ialah :
- Meneliti setiap borang aduan yang dihantar.
- JTK PKG Keramat WPKL akan turun ke sekolah untuk membuat proses verifikasi iaitu memeriksa kerosakan sebenar peralatan ICT yang rosak tersebut.
- Pihak PKG yang akan membuat aduan ke dalam laman web STS, dan BUKANNYA PIHAK SEKOLAH, seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Ini bagi memastikan aduan yang dibuat akan dapat diseragamkan keterangan aduannya.
Diharap pemahaman ini dapat memudahkan tugas pihak sekolah dalam menjalankan proses membuat aduan kerosakan ini. Diharap juga, bagi mana-mana sekolah yang masih belum atau tidak pernah membuat aduan kerosakan dapat berbuat demikian seberapa segera. Terima kasih.

Jumlah responden yang menjawab SSQS 2014 hingga 11 Ogos 2014
Gambar di bawah adalah jumlah responden yang telah menjawab SSQS 2014 mengikut sekolah. Diminta Guru Penyelaras Bestari / ICT mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan jumlah responden yang menjawab dapat dipenuhi.
# Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada sekolah yang telah berjaya menyelesaikan SSQS 2014
# Kepada yang lain teruskan usaha anda.
PENGHANTARAN PELAPORAN BERKALA ICT OLEH SEKOLAH-SEKOLAH
Gambar di bawah adalah carta dan catatan sekolah-sekolah yang telah menghantar kesemua jenis borang, telah menghantar tetapi hanya sesetengah borang, dan yang masih tidak menghantar apa-apa borang laporan berkala ICT Sekolah ini.
Antara jenis-jenis borang pelaporan yang perlu dihantar adalah seperti berikut :
- Borang 006 : RUMUSAN PERALATAN ICT KPM
- Borang 007 : LAPORAN BERKALA AKTIVITI ICT GICT/GPB
- Borang 008 : LAPORAN BERKALA BRIGED BESTARI
Pihak kami berharap supaya makluman seperti ini dapat memperjelaskan lagi makluman-makluman yang sebelumnya di dalam emel. Pihak kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah menghantar pelaporan tersebut. Sekiranya terdapat masalah, bolehlah menghubungi kami terus ke PKG Keramat WPKL.

* UPDATE ( SETAKAT JAM 1:00 PM 18/08/2014)
- SMK WANGSA MELAWATI - SELESAI
- SK SETAPAK - SELESAI
- SK DANAU KOTA 2 - SELESAI
Bagi sekolah-sekolah yang masih belum mengambil tindakan, pihak kami memohon agar dapat dipercepatkan penghantaran laporan ini dengan kadar SEGERA samada melalui emel PKG Keramat ataupun menghantar terus ke pejabat kami.
Langgan:
Catatan (Atom)
Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances