Pengisian Data SPPICTS ( Tahniah )

Pihak PKG Keramat ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dan tahniah kepada seluruh warga Sekolah Ahli PKG Keramat kerana telah berjaya menyelesaikan Pengisian Data SPPICTS. Sehingga 10 Mei 2010, keseluruhan data yang telah di isi oleh Sekolah Ahli PKG Keramat ialah 100%. Pihak PKG Keramat akan mula melaksanakan tugas menverifikasi data yang telah diisi oleh pihak sekolah apabila fungsi cetak telah diaktifkan.

Semoga kerjasama dan komitmen keseluruhan Sekolah Ahli PKG Keramat akan semakin baik dan menjadi teladan yang baik. Sekian

Kami ucapkan jua kepada cikgu-cikgu wanita yang bergelar ibu "Selamat Hari Ibu"

0 comments: