Kem Membaca 1 Malaysia 2010 (KM1M 2010)

Latar Belakang KM1M 2009

1. KM1M kali pertama diadakan pada tahun 2009 dan telah dilancarkan pada 30 Oktober 2009 di sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor, oleh Y. Bhg. Tan Sri KPPM.

2. Tema KM1M 2009 ialah “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia”

3. Kem Membaca 1Malaysia ini dilaksanakan serentak di semua sekolah seluruh negara mulai 26 Oktober hingga 5 November 2009.

4. Pelbagai aktiviti pembacaan telah dirancang di peringkat sekolah bagi mengisi masa terluang khasnya murid-murid yang baru selesai menduduki peperiksaan PMR dan UPSR.

5. Majlis Penutup Kem Membaca 1Malaysia ini telah diadakan serentak dengan Pelancaran Program READ 2009: One Nation Reading Together (Satu Negara Membaca Bersama) oleh Syarikat Scholastic Malaysia di SMK Taman Megah pada 5 November 2009.

6. Kem ini merupakan satu inisiatif di bawah program gerakan tabiat membaca Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.









Maklumat KM1M 2010


1. Bagi 2010, BTP & BBT merupakan urusetia bersama untuk program ini.

2. KM1M 2010 akan diadakan pada 8 hingga 12 November 2010.

3. Program ini akan diadakan serentak seluruh negara dengan penglibatan aktif BTPN , PTPB, PKG dan rakan-rakan KPM (JPN, BBT, BPSH, MBKM) dan agensi kerajaan (PNM) dan Rakan Perkongsian Pintar KPM (Scholastic’s Malaysia, dan MABOPA).

4. Tema KM1M 2010 ialah “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia”.

5. Pelancarannya akan diadakan serentak dengan pelancaran READ 2010 oleh Scholastic’s Malaysia.

6. Tahun ini, tempat pelancaran rasminya ialah SRJK (C) Tsun Jin, Jln. Perwira, Kg Pandan 55100, KL. Perasmi yang dicadangkan ialah YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KPM, pada 8 November 2010.

7. Sebanyak 1026 buah sekolah telah dikenalpasti oleh BPSH untuk mengambil bahagian semasa pelancaran. Semua sekolah seluruh negara akan adakan pelancaran KM1M diperingkat sekolah. Negeri akan memilih satu sekolah untuk adakan pelancaran KM1M di peringkat negeri dengan Pengarah JPN masing-masing.

8. Program ini juga akan dicatat dalam Malaysian Book of Records.

9. 1026 buah sekolah terpilih akan menyertai Program READ2010 pada 8 November 2010, tepat jam 9.30 pagi bagi memecah Malaysian Book of Records. Sekolah yang disenaraikan perlu mendaftar melalui www.read2010.com.my dan 50 buah buku secara percuma akan disumbangkan kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian.

Sumber Maklumat dari:
Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Sekolah Ahli PKG Keramat Yang Terlibat adalah seperti berikut:
1. SMK Puteri Wilayah
2. SMK Puteri Titiwangsa
3. SMK Seri Titiwangsa
4. SK Datok Keramat 1
5. SK Kampung Bharu