Pengisian Data Online SSQS (KPM)

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan kepada sekolah-sekolah ahli PKG Keramat yang masih tidak bergerak atau melengah-lengahkan pengisian data SSQS, diharapkan jangan buat pada saat-saat akhir. Di sini kami cadangkan agar guru-guru penyelaras ICT / Bestari buat seperti langkah berikut:-

1. Muat turun borang pentadbir dan penyelaras ICT/Bestari
2. Muat turun borang guru
3  Muat turun borang murid
4. Cetak setiap kumpulan itu mengikut bilangan dalam no. tag responden.
5. Cetak no tag sekolah masing-masing untuk diberikan no. tersebut kepada orang yang menjawap borang responden.
6. Borang-borang  yang telah dicetak diberikan kepada guru dan murid yang telah dipilih mengikut matapelajaran.
7. Jangan dibenarkan bawa balik, jawap borang responden itu segera.
8. Kutip semua borang-borang oleh guru penyelaras ICT.
9. Lantik beberapa pembantu guru penyelaras ICT untuk mengisikan data SSQS secara online di makmal komputer. (Jika sekolah ada masalah schoolnet sila datang ke PKG Keramat  bawa laptop bersama borang borang responden)

Sekian harap maklum, kerja sama tuan puan sangat-sangat kami hargai.
(INGAT Jangan buat atau tunggu saat-saat akhir)

Bagi sekolah yang tidak boleh  login sebagai responden, sila masuk sebagai organisasi dan reset pada pofil diri di situ anda boleh reset password responden.