Eduwebtv.com Versi 2

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Pada 24 Jan hinnga 26 Jan 2011, bertempat BTPN Selangor, pegawai-pegawai teknologi pendidikan dari Kuala Lumpur, Selangor, Perak, dan Sabah telah dapat menjalankan  Kursus Penggunaan Portal Eduwebtv.com versi yang ke 2 yang menggunakan teknologi Web2.0. Eduwebtv versi 2 ini lebih mesra pengguna, ada tambahan bank soalan. Guru-guru yang berdaftar, boleh muat naik video dan bank soalan selain playlist video.
Diharapkan guru-guru menggunakan Portal Eduwebtv.com sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas.  Kami pegawai di pkg sedia membantu memberi latihan kepada guru-guru cara penggunaan Eduwebtv.com. Eduwebtv pengganti TV Pendidikan.Eduwebtv adalah 'Pendidikan Digital Untuk Semua'
Guru-guru boleh muat turut Manual Latihan Portal Eduwebtc Versi 2.0 di link Muat Turun. Terima kasih tak terhingga keapda kedua-dua tenaga pengajar Eduwebtv.
Klik di sini untuk Lihat Eduwebtv Berita 28 Januari 2011: "* Kursus latihan penggunaan EduwebTV terus diadakan dalam usaha memartabatkan teknologi komunikasi dan maklumat, ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.** Kali ini kursus latihan pengenalan EduwebTV versi kedua diperkenalkan bertujuan memupuk kesedaran warga Bahagian Teknologi Pendidikan BTP Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan portal ini dengan jayanya. Selari dengan objektif BTP dalam merancang, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan negara, kursus versi kedua ini dihadiri 50 kakitangan KPM dari selangor, kuala lumpur, perak, sabah dan sarawak. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1296214038719713"

0 comments: