LAWATAN ‘ADULTZANIA’ KIDZANIA KUALA LUMPUR

Terpancar wajah keceriaan peserta yang mengikuti lawatan "KIDZANIA"

Tarikh : 1 Februari 2013 (Cuti Hari Wilayah)
Masa : 5 – 8 pm
Tempat : KidZania Kuala Lumpur, NX Curve, Mutiara Damansara
Kumpulan Sasaran : GPM & FT17 Sekolah ahli PKGS / PKGSJ / PKGK / PKGB
Anjuran : Biro Sosial & Kebajikan JKPA PKGS & Persatuan Perpustakaan Sekolah Kuala Lumpur

Lawatan anjuran bersama ini telah dihadiri seramai 148 orang yang terdiri daripada pegawai BTPNKL & PKGKL, Guru Perpustakaan & Media (GPM) dan Juruteknik Komputer (FT17) dari sekolah-sekolah ahli PKG Sentul, Segambut Jaya, Keramat & Bangsar. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada GPM mengenai aktiviti KidZania disamping memberi peluang dan idea penambahan aktiviti untuk pustakawan dan dana Pusat Sumber Sekolah. Kami disambut mesra dan meriah oleh para pekerja KidZania dimana tarian & nyanyian KidZania dipersembahkan pada awal lawatan. Setelah itu, taklimat ringkas disampaikan oleh wakil KidZania & ada para peserta tidak sabar-sabar lagi untuk merasai menjadi kanak-kanak semula!
          Pada akhir sesi lawatan, kami disaji dengan makan malam & rata-rata para peserta berpuas hati dengan lawatan ini. Sesi penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Pn. Hajah Noorayni bt. Othman (Ketua Unit HEP PKG) dan Cik Syam Irza Mohd Sham (PTP PKG Sentul) kepada Pn. Salwa Ansari Zambri (wakil pengurusan KidZania Kuala Lumpur).

INDEX (MENGENAI KIDZANIA)
 Kidzo
Matawang KidZania
 Kai
 Hi / Hello
 Zank U
 Thank You 
 




0 comments: