MEMBUAT ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH

Dalam masa terdekat ini, proses penyenggaraan peralatan ICT Sekolah di seluruh WP Kuala Lumpur akan berjalan. Akan tetapi pihak kami masih tidak menerima aduan dari kesemua sekolah ahli. Pihak kami meminta jasa baik GICT/GPB/JTK sekolah untuk membuat aduan kerosakan secepat mungkin, penghantaran borang aduan STS dibuat pada selewat-lewatnya pada hari RABU 27 OGOS 2014 ini.

Antara tindakan yang PERLU DILAKUKAN OLEH GICT/GPB/JTK ialah :
- Mengenalpasti peralatan ICT yang bermasalah
- Cuba menguji peralatan tersebut secara luaran dan dari pandangan mata kasar.
- Mengisi Borang Aduan STS, 1 borang bagi 1 peralatan ICT yang bermasalah.
- Lampirkan salinan KEW.PA-2 bagi setiap peralatan yang dibuat aduan.
- Hantar borang aduan yang disahkan oleh Pentadbir terus ke PKG Keramat WPKL.

Antara tindakan yang dilakukan oleh pihak PKG KERAMAT WPKL ialah :
- Meneliti setiap borang aduan yang dihantar.
- JTK PKG Keramat WPKL akan turun ke sekolah untuk membuat proses verifikasi iaitu memeriksa kerosakan sebenar peralatan ICT yang rosak tersebut.
- Pihak PKG yang akan membuat aduan ke dalam laman web STS, dan BUKANNYA PIHAK SEKOLAH, seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Ini bagi memastikan aduan yang dibuat akan dapat diseragamkan keterangan aduannya.

Diharap pemahaman ini dapat memudahkan tugas pihak sekolah dalam menjalankan proses membuat aduan kerosakan ini. Diharap juga, bagi mana-mana sekolah yang masih belum atau tidak pernah membuat aduan kerosakan dapat berbuat demikian seberapa segera. Terima kasih.



0 comments: