Pemantauan & Khidmat Bantu Ujilari Netbook 1Malaysia

Pemantauan dan khidmat bantu untuk ujilari 1 daripada 2set (41buah) Netbook 1Malaysia yang diterima oleh SK Setiawangsa telah dijalankan bersama-sama PTP PKG Keramat, JTK PKG Keramat dan juga JTK SK Setiawangsa.

Aktiviti membuka, melipat dan menyimpan kesemua kotak dibuat bagi menjimatkan ruang untuk penyimpanan kesemua kotak-kotak netbook tersebut beserta dengan panduan dan manual yang ada di dalam kotak setiap netbook.







Proses pengaktifan Windows 7 Professional dan juga Microsoft Office Home and Student 2010 telah dibuat pada 41buah Netbook tersebut bagi mengenalpasti mana-mana Netbook yang berkemungkinan mengalami apa jua masalah.

Proses ujilari berjalan dengan jayanya dengan kerjasama yang diberikan oleh JTK sekolah sendiri. Proses memberi idea dan panduan bagaimana untuk membuat 'tagging', susunan nombor siri untuk ditulis nombor daftar harta inventori dan sebagainya juga diberikan bagi memudahkan proses merekod dan menyelenggara peralatan tersebut di sekolah. Bagi 23buah sekolah ahli PKG Keramat yang lain, bolehlah juga membuat ujilari bagi kesemua Netbook tersebut untuk membolehkan peralatan tersebut boleh digunakan bermula tahun hadapan.





Sebarang kemusykilan dan khidmat nasihat bolehlah terus menghubungi kami di PKG Keramat bagi memudahkan lagi proses penggunaan di sekolah kelak.


0 comments: