Ucapan Perpisahan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Keramat WPKL


Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Diharap semoga warga sekolah ahli PKG Keramat WPKL dalam keadaan sihat sejahtera. Pada tarikh 26 Mac 2015 secara rasminya saya akan bertugas di Unit Pembestarian Sekolah (UBest), Bahagian Teknologi Pendidikan WPKL secara pertukaran setara. Tempat saya akan digantikan oleh En Abdul Hamid Bin Abdullah yang sebelum ini pernah bertugas di PKG Keramat WPKL. Sehubungan itu, akhir kata dari saya seandainya dari tindakan dan kata-kata saya mengguris hati semua wakil sekolah ahli PKG Keramat WPKL sepanjang pengelolaan saya di sini harap dimaafkan. Saya juga telah merancang beberapa aktiviti yang melibatkan GPB/GICT , GPM dan Juruteknik Komputer Sekolah bagi meningkat dan melancarkan pengurusan yang melibatkan kerja buat tuan-tuan dan puan-puan, dan semoga perancangan ini akan dijalankan oleh pengganti saya untuk memantapkan lagi perkembangan ICT dan PSS di sekolah ahli PKG Kerama WPKL kelak.

Tinggi sungguh Gunung Daik
Mercunya nampak terang menyilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau

Kerat kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul

Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


Assalamualaikum WBT & Salam Muhibah


Muhammad Asif Mushadat bin Abdul Saha
Pegawai Teknologi Pendidikan
PKG Keramat WPKL


0 comments: