Bengkel Penyenggaraan & Perluasan Sistem Rangkaian (LAN) & ICT Sekolah SK AU Keramat WPKL





Bengkel Penyenggaraan dan Perluasan Sistem Rangkaian (LAN) & ICT Sekolah telah dijalankan di SK AU Keramat WPKL bermula dari 22 Februari 2016 sehingga 24 Februari 2016. Bengkel ini dianjurkan oleh BTPN WPKL dan PKG Keramat WPKL dengan kerjasama SK AU Keramat WPKL. Seramai 11 orang peserta termasuk Juruteknik Komputer PKG Keramat WPKL dan Juruteknik Komputer SK AU Keramat WPKL bertungkus lumus menjalankan tugasan iaitu memasang dan mengkonfigurasi serta memperkemas rangkaian secara kabel dan wayarles meliputi keseluruhan kawasan sekolah.

Tugas yang sentiasa dijalankan dengan baik oleh semua peserta di sekolah masing-masing dibawa bersama ke dalam bengkel ini bagi memastikan segala tugasan di dalam bengkel ini dapat disiapkan dan dipraktikkan oleh sekolah ini bagi memantapkan lagi pembestarian ICT di sekolah tersebut.

Syabas dan tahniah dari kami kepada semua peserta dan ucapan jutaan terima kasih di atas kerjasama pihak sekolah dalam menjayakan bengkel selama 3 hari ini.

0 comments: