Taklimat Juruteknik Komputer Sekolah Bil.1/2016

Satu Taklimat Juruteknik Komputer Sekolah Bil.1/2016 telah diadakan di Bilik Zamrud, PKG Sentul yang melibatkan sejumlah 54 orang juruteknik komputer sekolah ahli PKG Sentul, PKG Segambut Jaya dan PKG Keramat. Taklimat yang diadakan pada 22 Mac 2016 ini juga bertujuan memantapkan pemahaman tugasan juruteknik komputer terutamanya dalam penyelenggaraan dan pengurusan ICT. Taklimat ini diurus selia dan dibentangkan oleh pegawai-pegawai PKG iaitu Cik Syam Irza, En. Saifizan Afzarin, Pn. Haslizah, En. Adam Shah, En. Abdul Hamid, Pn. Nur Huzaifah, En. Shahrullail. Turut dihadiri pegawai dari Unit Pembestarian Sekolah, BTPNWPKL iaitu En. Abd.Halim dan En. Mohamad Asif Mushadat.



* Ihsan input dan gambar dari PKG Sentul WPKL

0 comments: