Mesyuarat Juruteknik Komputer ( FT17 ) Bil 1/2013
             
             Mesyuarat Juruteknik Komputer (FT17) sesi 1/2013 telah diadakan di PKG Sentul pada 14 Januari 2013.  Taklimat bermula pada jam 9.00 pagi ini telah melibatkan seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada Juruteknik Komputer (FT17) sekolah ahli PKG Keramat (19 orang), PKG Segambut Jaya (17 orang) dan PKG Sentul (7 orang).
            Mesyuarat ini diadakan untuk memberi taklimat berkaitan tentang tugas-tugas juruteknik komputer di sekolah. Serta khidmat bantu yang dibuat oleh PKG, sekolah-sekolah ahli  perlu melibatkan Juruteknik Komputer untuk mengikuti khidmat bantu tersebut mengikut zon masing-masing. Mesyuarat tersebut juga membuka peluang kepada juruteknik komputer untuk sesi soal jawab bersama dengan En. Hazri dan En. Halim. Disamping itu juga Juruteknik Komputer akan turut serta bersama PKG bagi gerak gempur ke sekolah-sekolah yang tidak mempunyai Juruteknik Komputer. Ini memudahkan dan mempercepatkan lagi penyelengggaraan di sekolah-sekolah yang bermasalah serta menambah ilmu pengetahuan diantara juruteknik.
   Pegawai yang turut hadir mesyuarat tersebut ialah En. Mohd Hazri B. Minhat (Pen. Pengarah BTPNKL), En. Abdul Halim B. Abu Samah (BTPNKL), En. Zaini B. Mohd Endot (PKG Bangsa), En. Mohamad Asif Mushadat B. Abdul Saha (PKG Keramat), Pn. Haslizah Bt. Jibin (PKG Segambut Jaya), Cik Syam Irza bt. Mohd Sham (PKG Sentul), En Fazli ( PKG Kg Pandan ), Pn. Normastura bt. Abd Talib, En. Saifizan Afzarin B. Abdul Latif  dan Cik. Rina a/p Murugaiah
 Taklimat diserikan dengan ucapan wakil BTPNKL iaitu En. Mohd Hazri B. Minhat. Antara amanat yang diberikan agar semua juruteknik bekerja bersungguh-sungguh bukan kerana wang ringgit tetapi pahala yang diperolehi oleh Allah SWT. 


0 comments: