MESYUARAT PENYELARASAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) KERAMAT BILANGAN 1/2013

            Pada hari Selasa, 22 Januari, 2013, bermula pada jam 2:00 petang, bertempat di bilik Seminar PKG Keramat, seramai 48 orang guru Perpustakaan dan Media dari semua sekolah kelompok Pusat Kegiatan Guru Keramat atau wakil telah menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Khairul Nizam bin Haji Hamidun. Tetamu khas dari Bahagian Teknologi Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNKL) yang mewakilkan Tuan Ketua Penolong Pengarah (KPP) BTPNKL iaitu Puan Hajah Noorayni binti Othman juga turut hadir bagi menyampaikan amanat yang perlu disampaikan.
                      Mesyuarat telah dimulakan oleh Pengerusi Mesyuarat dengan mengalu-alukan kehadiran semua Guru Perpustakaan dan Media serta wakil ke mesyuarat tersebut. Agenda pertama mesyuarat adalah Pengerusi Mesyuarat menjelaskan Struktur Organisasi PKG Keramat 2013 yang telah seratus peratus berubah posisi jawatan bermula dengan pergerakan jawatan setara Juruteknik Komputer, Pembantu Tadbir serta Pengawai Teknologi Pendidikan DGA32. Seterusnya Pengerusi Mesyuarat memperkenalkan pula Jawatankuasa Organisasi 2013 yang baru kepada semua ahli mesyuarat.
          Agenda kedua pula Pengerusi Mesyuarat membuat makluman tentang Lawatan Guru-Guru Ke Kidzania yang akan berlangsung pada 1 Februari 2013 iaitu hanya sembilan orang sahaja warga pendidik dari kelompok PKG Keramat yang telah terpilih untuk mengikuti sesi lawatan tersebut.
            Agenda ketiga pula, Pengerusi Mesyuarat memaklumkan perkara yang berkaitan dengan proses pengisian secara atas talian system iQ-PSS. Semua GPM diminta mengemaskini maklumat asas namun jangan lagi memasukkan data bacaan buku murid ke dalam system iQ-PSS sehinggalah menerima taklimat khas dari pihak BTPNKL.
  Pengerusi Mesyuarat juga memaklumkan bahawa sasaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWPKL) pada tahun 2013 adalah semua sekolah Berjaya mencapai sekurang-kurangnya status Pusat Sumber Sekolah bertaraf empat bintang ke atas.
                Agenda keempat adalah perbentangan status pencapaian i-Nilams emua sekolah di bawah kelompok PKG Keramat pada tahun 2012. Berdasarkan kepada data-data yang diedarkan kepada semua ahli mesyuarat, Pengerusi Mesyuarat telah mendapatkan maklumat tentang sekolah-sekolah yang gagal mengisi perisian i-Nilam serta merekodkan alasan tersebut untuk proses penambahbaikan pada tahun 2013.
           Agenda kelima iaitu agenda yang terakhir adalah perbentangan makluman-makluman daripada Puan Hajah Noorayni tentang beberapa tindakan segera yang perlu dilakukan oleh semua pihak sekolah. Mesyuarat di akhiri dengan sesi soal jawab dengan semua ahli mesyuarat yang hadir.

0 comments: