Pengisian Data SSQS Tahun 2013


Pengisian data SSQS bagi tahun 2013 telah kembali, dan kali ini pengisian perlu dibuat sebanyak empat modul, iaitu daripada skop Pentadbir, Guru Perpustakaan & Media, Guru dan Murid. Berikut adalah butir-butir tempoh pengisian data SSQS tersebut :

Mula : 2 September 2013

Tamat : 30 September 2013

Tempoh : 1 Bulan

Lokasi pengisian data : Seperti pada pautan Google Docs di bawah.
( Sila klik pautan mengikut kategori. Cth : Jika Pentadbir ingin mengisi, sila klik pada pautan Pentadbir sahaja)

BORANG SSQS 2.0 BAGI PENTADBIR

BORANG SSQS 2.0 BAGI GURU PSS & MEDIA

BORANG SSQS 2.0 BAGI GURU (Link Pertama)

BORANG SSQS 2.0 BAGI GURU (Link Kedua)

BORANG SSQS 2.0 BAGI MURID


Link Bagi Guru (Link Kedua) adalah pautan kedua bagi guru-guru untuk mengisi responden ini. Kedua-dua isi kandungan pada pautan tersebut adalah sama. Guru-guru boleh memilih untuk mengisi pada pautan pertama atau kedua bagi mengelakkan timbulnya masalah kesesakan atau tidak boleh menghantar daripada berlaku.

Bagi pengisian data bagi Murid, diminta guru yang berkenaan membantu murid dan pelajar untuk membuat pengisian data bagi mengelakkan sebarang ralat pengisian data berlaku.

Pihak PKG Keramat memohon kerjasama dari semua pihak yang terlibat untuk mengisi data SSQS ini sebaik dan secepat mungkin, bagi mengelakkan kesukaran mengisi samada masalah talian ataupun pengumpulan data dan maklumat di saat-saat akhir tempoh pengisian. Segala kerjasama dari pihak sekolah amatlah diharapkan dan semoga kerjasama antara pihak sekolah dan PKG khususnya dapat dieratkan.

*PERHATIAN : DIMINTA SEMUA RESPONDEN MENGISI KESEMUA BAHAGIAN DAN NOMBOR SOALAN. KEGAGALAN MENGISI KESEMUA BAHAGIAN DAN SOALAN AKAN MENYEBABKAN ANDA TIDAK BOLEH 'SUBMIT' DAN SEBAGAINYA.

Sekian, terima kasih.

0 comments: