Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Pusat Kegiatan Guru Keramat Kali Ke 2 2015

Tarikh : 5 Nov 2015
Tempat : Bilik Kuliah Pusat Kegiatan Guru Keramat



Mesyuarat  Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti Pusat Kegiatan Guru Keramat telah dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat pada kali  ini dihadiri oleh Pengetua, Guru Besar , Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan juga wakil Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah ahli PKG Keramat . Mesyuarat dimulakan dengan kata aluan daripada Naib Pengerusi JKPA PKG Keramat, En Abdul Rahim Guru Besar SK Padang Tembak 1. Seterusnya pembentangan segala aktiviti-aktviti yang telah dilaksanakan oleh PKG Keramat mulai bulan Jun hingga Nov 2015. Dalam hal-hal lain PKG Keramat telah menerima beberapa cadangan untuk penambahbaikan dalam meningkatan TMK atau ICT dan PSS di sekolah ahli PKG Keramat. Begitu juga dengan cadangan agar PKG ini merupakan tempat perkongisan ilmu bagaimana sesebuah sekolah itu boleh berjaya dan cemerlang dalam sesuatu bidang. Kejayaan sesebuah sekolah ahli PKG Keramat hendaklah dipameran di ruang sudut-sudut yang sesuai di PKG sebagai satu galakan kepada sekolah-sekolah ahli yang lain.Terima kasih diucapkan kepada Pengetua, Guru Besar dan Pentadbir Sekolah yang hadir.

0 comments: