Pengagihan Netbook 1Malaysia Kali ke-3 Sekolah Ahli PKG Keramat WPKL


Proses pengagihan Netbook 1Malaysia Kali ke-3 Sekolah Ahli PKG Keramat WPKL melibatkan 5 buah sekolah. Antaranya ialah SK Datuk Keramat 1, SK Kementah, SMK Puteri Wilayah, SMK Taman Seri Rampai dan Sekolah Sukan Seri Titiwangsa telah dijalankan pada 19 Januari 2016 yang lalu bertempat di BTPN WPKL.

Aktiviti seperti pengagihan, pelabelan, penyerahan dokumen dan juga proses mempelajari cara-cara membuat pengaktifan Microsoft Windows 7 dan Microsoft Office Home and Student 2010 oleh Juruteknik Komputer PKG Keramat dan PKG Pudu pada hari tersebut. Proses pengagihan berjalan lancar dan pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh wakil sekolah dalam melancarkan lagi proses pengagihan ini berlangsung.

0 comments: