Warga Baharu PKG Keramat WPKL



Bertarikh hari ini 2 Februari 2016, PKG Keramat WPKL telah menerima warga baharu iaitu Puan Nur Huzaifah binti Jaafar sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 2. Kehadiran beliau ke PKG Keramat WPKL ini amat dialu-alukan bagi memantapkan lagi tugas-tugas dan pencapaian PKG bersama sekolah ahli sepanjang tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Pihak PKG Keramat WPKL dan BTPN WPKL mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat di dalam keluarga BTPN dan PKG WPKL, semoga terus sukses dan berjaya di lapangan tugas yang serba baharu ini.

0 comments: